SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU

PENTADBIR

PENTADBIR

Selasa, 18 Mei 2010

MINGGU MATEMATIK

Pada 05 hingga 10 April 2010 yang baru lalu, unit panitia matematik sekolah ini telah berjaya menganjurkan dan melaksanakan aktiviti minggu matematik. Aktiviti minggu matematik ini telah dilaksanakan bermula dengan Minggu Pra-Matematik iaitu 29 Mac hingga 2 April kemudian di sambung Minggu Matematik iaitu 05 April hingga 10 April 2010. Kemuncak Minggu Matematik disempurnakan pada 10 April 2010 iaitu pada hari sabtu yang lepas. Segala akitivit yang telah dirancangkan dilaksanakan dengan jayanya sepanjang minggu matematik ini berlangsung.

Semua murid dari semua tahap iaitu prasekolah, tahap 1 dan tahap 2 telah terlibat secara langsung menjayakan aktiviti yang buat julung kalinya diadakan secara besar-besaran. Objektif aktiviti minggu matematik ini diadakan adalah untuk mengisi aktiviti panitia bagi tahun 2010 di samping mengeratkan lagi hubungan sedia ada antara guru-guru, staf sekolah dan murid di sekolah ini. Antara matlamat utama aktiviti ini diadakan adalah sebagai proses pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti tersebut juga sekaligus dapat memupuk dan menarik minat murid terhadap mata pelajaran matematik sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan. Suasana nombor dan operasi matematik benar-benar telah dirasai oleh semua murid sepanjang minggu matemati ini berlangsung. Ianya boleh dibuktikan apabila setiap hari murid-murid menukar nama mereka dengan nombor yang telah diberikan kepada oleh guru matematik.

Panitia Matematik berasa berpuas hati dan berbangga dengan semua kerjasama yang telah diberikan. Baik dari rakan-rakan guru, murid-murid mahupun guru besar sendiri, segala tugas yang telah dipertanggungjawapkan telah dijayakan sebaik mungkin oleh para guru dan staf. Unit Panitia SK Pulau Timbang ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas kerjasama dan komitmen semua terhadap program pada kali ini. Semoga usaha mengeratkan ukhwah ini akan berterusan pada masa akan datang.


Read more...

TINTA TUAN GURU BESAR


Assalamualaikum WBK dam salam sejahtera kepada semua warga bahagia

Sk.Pulau Timbang.

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNYA maka kita dapat meneruskan lagi satu amanah yang telah menjadi tanggungjawab kita sebagai pendidik.

Dengan kepesatan dan perkembangan dunia Teknologi Maklumat ( ICT ) pada masa kini telah melebarkan konsep dunia tanpa sempadan yang membolehkan kita menggunakan segala kemudahan untuk menuju ke arah pemodenan.

Dengan adanya Laman Web Sk.Pulau Timbang ini, diharap ianya akan dapat memberikan maklumat tentang perkembangan sekolah Pulau di samping dapat bertukar-tukar dan perkongsian ilmu dengan sekolah - sekolah di Sandakan Sabah ini khususnya dan sekolah-sekolah dalam Negara Malaysia amnya.

Sekian dan terima kasih.

KAHAR BIN HJ.MURSIDEH

Guru Besar,

Sk.Pulau Timbang,Sandakan Sabah.

Read more...

Ahad, 9 Mei 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini terletak di Kampung Tronglit Pulau Timbang, tidak jauh

dari pantai. Dalam peta Sabah sememangnya tidak terdapat nama Pulau

Timbang kerana ia lebih dikenali sebagai Tronglit. Tronglit merupakan nama

lain bagi Pulau Timbang. Jarak sekolah ini ke bandar Sandakan lebih kurang

85 km dan perjalanan utama adalah melalui laut.

Pembinaan bangunan SK Pulau Timbang sehingga kini mempunyai

5 fasa pembinaan. Fasa pertama dibina pada 1966 dan merupakan kali pertama

Sekolah ini dibina dan wujud di kampung ini.

LOGO SEKOLAH


BUKU

Kepentingan ilmu pengetahuan dalam segala bidang


OBOR

Semangat yang kuat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan demi kejayaan

yang cemerlang


GUNUNG

Harapan/cita-cita yang tidak terhingga untuk mengecapi sesuatu kejayaan dari

proses menuntut ilmu demi kepentingan masyarakat dan negara


OMBAK LAUT

Tabah, dedikasi dan tidak mengira sebarang cabaran mendatang sebagai pemangkin

untuk sesuatu matlamat, kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup


MOTTO SEKOLAH “TEKUN USAHA JAYA”

Berkehendakkan ketekunan disertai dengan usaha gigih/kental di dalam menjurus

tercapainya sesuatu matlamat kecemerlangan diri dalam apa jua bidang kehidupan di dunia dan di akhirat


1966

Semangat kebudayaan ilmu di sekolah ini tersemai dan menabur ilmu kepada anak

didik bangsa negara Malaysia

Read more...

Selasa, 2 Mac 2010

STAFF SK PULAU TIMBANG





Read more...

Isnin, 1 Mac 2010

SALAM DARI WARGA SK PULAU TIMBANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami warga SKPT mengucapkan selamat datang ke laman blog SKPT. Blog ini masih dalam pembinaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebarang komen daripada pelawat sangatlah dihargai. Selaras dengan era ICT kini, warga sekolah tidak mahu kentinggalan untuk mengorak langkah mewujudkan blog ini, bermatlamatkan perkongsian pintar tanpa sempadan. Sebarang aktiviti sekolah akan diwar-warkan melalui blog ini. Terima kasih.



Salam dari,
Admin SKPT.

Read more...

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

Hadis Rasulullah

Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam; barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati jiran tetangganya; dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.( HR al-Bukhari dan Muslim )

PERIBAHASA

"Semanis-manis gula berpasir juga,
Sepahit-pahit jadam berubat "

- Pujuk rayu atau kata-kata yang lembut selalunya berisi tipu muslihat, tetapi kata-kata yang keras atau menyakitkan hati mengandungi nasihat dan pengajaran yang baik atau berguna
Penafian: Pihak sekolah adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Hubungi blog admin di pulautimbang@gmail.com

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP