SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU

PENTADBIR

PENTADBIR

Selasa, 18 Mei 2010

MINGGU MATEMATIK

Pada 05 hingga 10 April 2010 yang baru lalu, unit panitia matematik sekolah ini telah berjaya menganjurkan dan melaksanakan aktiviti minggu matematik. Aktiviti minggu matematik ini telah dilaksanakan bermula dengan Minggu Pra-Matematik iaitu 29 Mac hingga 2 April kemudian di sambung Minggu Matematik iaitu 05 April hingga 10 April 2010. Kemuncak Minggu Matematik disempurnakan pada 10 April 2010 iaitu pada hari sabtu yang lepas. Segala akitivit yang telah dirancangkan dilaksanakan dengan jayanya sepanjang minggu matematik ini berlangsung.

Semua murid dari semua tahap iaitu prasekolah, tahap 1 dan tahap 2 telah terlibat secara langsung menjayakan aktiviti yang buat julung kalinya diadakan secara besar-besaran. Objektif aktiviti minggu matematik ini diadakan adalah untuk mengisi aktiviti panitia bagi tahun 2010 di samping mengeratkan lagi hubungan sedia ada antara guru-guru, staf sekolah dan murid di sekolah ini. Antara matlamat utama aktiviti ini diadakan adalah sebagai proses pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti tersebut juga sekaligus dapat memupuk dan menarik minat murid terhadap mata pelajaran matematik sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan. Suasana nombor dan operasi matematik benar-benar telah dirasai oleh semua murid sepanjang minggu matemati ini berlangsung. Ianya boleh dibuktikan apabila setiap hari murid-murid menukar nama mereka dengan nombor yang telah diberikan kepada oleh guru matematik.

Panitia Matematik berasa berpuas hati dan berbangga dengan semua kerjasama yang telah diberikan. Baik dari rakan-rakan guru, murid-murid mahupun guru besar sendiri, segala tugas yang telah dipertanggungjawapkan telah dijayakan sebaik mungkin oleh para guru dan staf. Unit Panitia SK Pulau Timbang ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas kerjasama dan komitmen semua terhadap program pada kali ini. Semoga usaha mengeratkan ukhwah ini akan berterusan pada masa akan datang.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

Hadis Rasulullah

Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam; barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati jiran tetangganya; dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.( HR al-Bukhari dan Muslim )

PERIBAHASA

"Semanis-manis gula berpasir juga,
Sepahit-pahit jadam berubat "

- Pujuk rayu atau kata-kata yang lembut selalunya berisi tipu muslihat, tetapi kata-kata yang keras atau menyakitkan hati mengandungi nasihat dan pengajaran yang baik atau berguna
Penafian: Pihak sekolah adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Hubungi blog admin di pulautimbang@gmail.com

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP